RESULT SPM RENDAH PUN BOLEH MASUK BIDANG KEJURUTERAAN AWAM?!


Hi Assalamualaikum semua 😉 

Mari aku perkenalkan diri aku dulu. Nama aku simple je iaitu Anis (nama panggilan). Dan sekarang tengah strungle nak habiskan degree di UiTM Shah Alam course Civil Engineering aka Kejuruteraan Awam la bahasa melayunya. 

Okay dipendekkan cerita, memang dari zaman sekolah aku minat dengan bidang ni dan result SPM la yang akan tentukan aku layak ke tak untuk sambung dalam bidang ni. Untuk relatekan dengan tajuk, itulah kata-kata yang aku pernah terima masa aku dapat tawaran untuk sambung belajar dalam bidang kejuruteraan awam ni. 

Result SPM aku 2A+ 2A 3B 2C. Alhamdulillah walaupun tak power sangat tapi layak untuk aku sambung diploma kejuruteraan awam di UiTM. 😊

Masa aku dapat result tu ya ampun memang aku nangis la sebab ape aku nangis haa sebabnya aku dapat kimia C hahaha. Kiranya cukup-cukup makan je tu untuk aku sambung bidang ni. 

Result SPM aku: 

2A+ (pendidikan agama islam & matematik)

2A (bahasa melayu & sejarah)

3B (physics, add math, bahasa inggeris)

2C (chemistry & biology)

Sooooo based on result aku ni..UiTM mestilah ada minimum kelayakan untuk melepasi masuk dalam bidang ni. Masa zaman aku masuk tu tahun 2016. 

Kelayakan minimum Diploma Kejuruteraan Awam UiTM (2016) adalah:

1) Untuk pelajaran teras (b.melayu,sejarah) - B - C

2) Matematik/Matematik tambahan/fizik - B

3) B.Inggeris/lukisan kejuruteraan/kimia - B - C

Jadi ni antara kelayakan minimum untuk masuk diploma kejuruteraan awam. sebab itulah aku layak masuk. Tapi......macam yang tajuk aku ni la. Ada jugak yang mempersoalkan macam mana aku boleh masuk. Takpelah dah rezeki aku yang UiTM bukak kouta pengambilan bidang ni banyak tahun tu. Alhamdulillah. Kalau nak tau cerita macam mana kehidupan dekat diploma and degree boleh baca lagi kat blog aku ni. Ok XOXO hihi💓


Comments